Thursday, 31 March 2011


Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutama sebagai sarapan pada waktu pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.
Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telurtimunikan bilis goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada dagingayamsotongudang, limpa, dan hati (l

Pemakanan Asal

Nasi lemak bukanlah satu makanan sarapan harian pada umumnya. Amalan pemakanan nasi lemak merupakan satu bekalan kepada pesawah-pesawah padi mahupun yang mengusahakan kebun seperti getahkelapa sawit, sayur-sayuran dan lain-lain. Kebanyakan di Semenanjung Malaysia ,Selatan Thai, Brunei dan Singapura, bekalan Nasi Lemak sering dibekalkan, kerana ia mampu memberi tenaga kepada mereka ini yang membanting keringat.embu). Kaum Cina tempatan juga ada yang memasak nasi lemak dengan laukbabi.

Makanan popular

Pada masa kini, nasi lemak bukan sahaja dinikmati pada waktu pagi. Malahan, ia dinikmati pada waktu makan tengah hari dan malam. Oleh sebab itu, nasi lemak merupakan satu sajian makanan yang ringkas lalu dijadikan makanan pilihan warga kota yang sentiasa kesibukkan. Harga yang murah juga mendorong makanan popular ini semakin mudah didapati di mana-mana sahaja. Biasanya harga nasi lemak berada di dalam linkungan Ringgit Malaysia 1 sehingga 6 sebungkus.

Cara Memasak

Nasi untuk membuat Nasi Lemak boleh dimasak menggunakan periuk dapur biasa atau periuk eletrik.

Nasi Lemak dan Diet

Nasi lemak dikatakan tidak begitu sihat untuk dimakan hari-hari kerana tinggi kalori dan lemaknya oleh pakar pemakanan.

Kontroversi

Semasa Persidangan Kesihatan Kedua Perak 2007, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Malaysia, Datuk Dr Ramlee Rahmat, telah meletakkan nasi lemak sebagai satu makanan segera, kerana ia dikategorikan sebagai satu makanan yang berkalori tinggi, dan juga mudah dan siap dihidangkan. 
Asal usul nasi lemak
Pada zaman kesultanan Melaka, tinggallah Mak Kuntum bersama anaknya Seri. Suami Mak Kuntum telah lama terkorban dalam pertempuran menentang musuh di Selat Melaka. Adapun Mak Kuntum ini kerjanya mengambil upah mengurut. Setiap awal pagi, Mak Kuntum telah keluar dari rumahnya untuk mencari pelanggan. Tinggallah Seri seorang diri dirumah untuk menjalankan kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengemas rumah dan sebagainya. Begitulah kehidupan dua beranak ini setiap hari walaupun pada cuti umum. Hendak dijadikan sejarah, pada suatu hari.. timbul rasa jemu dalam sanubari Seri kerana memasak nasi dengan cara yang sama. Begitu juga dengan lauk. Kalu tak ikan goreng, ikan gulai. Kalau tak ikan gulai, ikan bakar. Seri sudah muak dengan masakan tersebut. Sebagai langkah alternatif, Seri mula memikirkan cara lain memasak nasi supaya terdapat kelainan pada rasa nasi. Mula-mula Seri memasukkan sedikit lengkuas kedalam nasi yang sedang dimasak. Oleh kerana masih tak berpuas hati, Seri mencampurkan sehelai daun pandan untuk menyerikan lagi nasi tersebut. "Biar kewangian bau nasi yang dicampur dengan daun pandan dapat membangkitkan selera mak aku bila dia balik nanti. Tentu mak akan puji aku nanti. " bisiknya didalam hati. Pada waktu tengahari, Mak Kuntum pun pulanglah kerumah. Seri pun menghidangkan nasi ciptaannya itu. Terperanjatlah mak Kuntum melihatkan nasi yang tidak pernah dilihat sepanjang hayatnya. "Apa kau masak ni, Seri?" "Nasi le! Mak!" jawab Seri, berulangkali Mak Kuntum bertanyakan kepada Seri. Setiap kali juga Seri menjawap, "Nasi le! Mak!". Semenjak hari itu, lekatlah nasi tersebut dikenali dengan NASI LEMAK.
Kenapa orang melayu suka makan nasi lemak? Aku sendiri tidak tahu bagaimana fenomena atau epik ini bermula. Tetapi sejak aku berumur 4 tahun lagi aku sudah disuapkan dan dimomokan bahawa nasi lemak itu adalah makanan yang sangat sedap oleh ahli keluarga aku. Hampir setiap sabtu dan ahad sejak aku kecil, abah aku akan bawa aku 

No comments:

Post a Comment